Bagaimana kami bermula,

NZ Preloved @ Geylang Serai ditubuhkan untuk memenuhi keperluan akhirat dimana usaha mengumpul ganjaran pahala menjadi matlamat penubuhan NZ Preloved @ Geylang Serai ini.

Bermula dengan sumbangan dari ahli keluarga dan kenalan terdekat. Kemudian disebarkan melalui mulut ke mulut.

Tidak berapa lama selepas itu, kami meletakkan papan tanda supaya lebih mudah untuk para penyumbang dan pelanggan untuk mencari premis NZ Preloved ini.

Agihan sumbangan dibuat secara spontan dan tiada aturan yang ditetapkan oleh pihak kami. Walau bagaimana pun setiap sumbangan akan dicatit sebagai memenuhi tanggungjawab dan amanah usaha kami.

Konsep kami bukanlah pada nilai barangan, akan tetapi pada keikhlasan sumbangan. Barangan sumbangan yang akan dijual adalah pada harga terendah agar dapat digunakan semula oleh pemilik baru dalam kadar yang segera kerana kami tidak mampu menyimpan stok yang banyak dalam satu masa.

Setiap sumbangan akan dipilih mengikut kualiti dan layak untuk digunakan semula. Manakala yang kurang berkualiti akan dikumpulkan dan disumbangkan kepada badan pungutan sumbangan seperti The Willing Hearts, Jamiyah, Global Ehsan dan sebagainya.

Semoga apa yang kami usahakan bersama mendapat balasan ganjaran dari Allah SWT, aamiin.

Zaini Azad Yahya

Pengurus

Assalammualaikum.. Saya ZAINI, pengurus bersama NZ Preloved.

Perusahaan PRELOVED memberi peluang sekelian warga untuk sama-sama beramal, semoga dengna berkat amal jariah ini dapat kita bawa sebagai bekalan di alam barzakh dan seterusnya ke alam akhirat...Aamiin.

Nora Mohd Shah

Pengurus

Assalammualaikum... Saya NORA, pengurus bersama NZ PRELOVED.

Tumpuan usaha kamu adalah atas dasar beramal untu ibadah, kami amat teruja apabila mendapat tahu bahawa amalan kami ini dapat menghiburkan sesetengah warga yang diberi peluang untuk merasakan pakaian yang berjenama yang selalunya tidak mampu dibeli, disini kami menjualnya dengan harga yang sangat murah...Alhamdulillah.